Peranan bapa merupakan peranan yang paling utama dalam setiap unit keluarga tetapi dalam masyarakat Melayu, peranan ibu yang digembar gemburkan. Siapa yang berani mempertikaikan peranan bapa? Siapa yang berani memperkecilkan peranan bapa? Tentu sekali tiada sebab ia terang terangan amat penting dalam masyarakat Melayu malah dalam ugama Islam. Tetapi pada amalan atau kejadian sekeliling kita, peranan bapa tidak menonjol seperti yang sepatutnya.
Jika peranan bapa itu mantap maka mengapa banyak perkahwinan berakhir dengan perceraian, mengapa ramai anak, ibu tunggal dan keluarga Melayu terbiar? Mengapa ramai bekas suami Melayu yang tidak muncul dalam perbicaraan di mahkamah syariah dan mengapa ramai yang tidak berikan nafkah anak setelah berlaku perceraian? Mengapa ramai remaja Melayu bermasalah? Mengapa ramai Mat Rempit? Mengapa ramai lelaki di Pusat Serenti? Mengapa banyak kes gadis yang hamil? Mengapa? Dan senarainya panjang...... Persoalannya banyak, yang selama ini sebab musabab kesalahan persoalan itu asyik ditujukan kepada kaum wanita. Ini juga merupakan satu fenomena orang Melayu. Kaum wanita selalu dipersalahkan untuk apa sahaja kesalahan lelaki. Betul atau tidak...? Dengan itu, mantapkan peranan bapa dalam masyarakat Melayu. Bagaimana?
Post-cuti syndrome
14 years ago