Thursday, October 29, 2009

Fenomena Pelajar Lelaki Melayu Kurang di IPT Berbanding Perempuan

Fenomena lebih ramai pelajar perempuan Melayu di IPT berbanding pelajar lelaki ini telah menular dalam masyarakat Melayu. Fenomena ini amat ketara di UiTM yang hampir kesemuanya pelajar Bumiputera. Ada yang menerima ia sebagai hakihat kehidupan yang pelajar perempuan cepat matang. Ada yang menerimanya atas pelbagai alasan seperti biasalah pelajar lelaki banyak main, pelajar lelaki tidak beri tumpuan, pelajar lelaki belum cukup matang ketika usia ke IPT dan segala macam alasan. Ada juga yang mencemuh terhadap fenomena yang datang tidak diundang ini sebagai satu kepincangan dalam masyarakat Melayu kita.

Pada saya, ia merupakan satu kepincangan yang besar pada masyarakat Melayu kini memandangkan hal ini tidak berlaku di kalangan remaja berbangsa Cina mahupun India. Ketika ini, bilangan pelajar lelaki bangsa Cina atau India di universiti masih kekal lebih ramai dari pelajar perempuannya. Ia boleh dibuktikan dengan nilai statistik.

Seingat saya, fenomena ini juga tidak berlaku di zaman persekolahan saya ketika 30-40 tahun yang lalu. Dahulu, memang menjadi kelaziman pelajar lelaki Melayu mendahului pelajar perempuan Melayu dalam pencapaian peperiksaan dan bilangannya juga lebih ramai ketika hari penyampaian hadiah pda setiap akhir tahun atau dulunya dipanggil Hari Ibubapa.

Mengapakah terjadi begini? Adakah kita harus membiarkannya tanpa berbuat apa-apa? Tidak bolehkah dibuat sesuatu agar fenomena ini menjadi sejarah? Adakah ia menjadi hakikat yang terpaksa diterima oleh masyarakat kita? Apakah yang akan terjadi dengan generasi akan datang jika ia berterusan? Atau yang lebih teruk lagi, adakah ini satu bala ke atas masyarakat kita?

Selagi kita takut atau tidak sanggup menghadapi hakikat mengapa terjadinya begini, selagi itu fenamena ini tidak akan berubah malah akan bertambah teruk lagi. Sepanjang memerhatian saya, ia berlaku adalah kerana tahap tanggungjawab pelajar lelaki terhadap pembelajaran menurun semasa peringkat sekolah menengah. Dengan itu, mereka tidak mampu bersaing untuk berjaya dengan cemerlang dalam SPM yang menjadi saringan ke IPT.

Mengapa dan bagaimana pula tahap tanggung jawab pelajar lelaki boleh menurun sebegini teruk?....

Satu anjakan paradigma mesti dilakukan agar bilangan pelajar lelaki Melayu lebih ramai berbanding pelajar perempuan di menara gading. Anjakan paradigma ini perlu merangkumi pemikiran, amalan, kepercayaan, kesedaran, motivasi, kesungguhan, pelan strategik yang meliputi setiap lapisan masyarakat. Satu pemikiran yang berbeza harus diserapkan kepada masyarakat kita dan amalan yang baru mesti diterapkan kepada pelajar lelaki kita.

No comments:

Post a Comment